Kuzi Ayam by cik bunga


Hi gais! cik bunga nk share resipi Kuzi ayam hari ni hehehe. dengan bahan mudah. :)


Bahan-bahan:

Bahan A

Minyak masak
Ayam (10 ketul kecil)
Garam
Bawang putih (di tumbuk)

Bahan B

Minyak masak
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bawang merah 6 ulas dikisar
Bawang putih 4 ulas dikisar
Jintan manis ½ sk ditumbuk
Jintan putih ½ sk ditumbuk
½ sk serbuk maggi cukup rasa
Kismis
Serbuk kari babas
Ayam (10 ketul kecil)
Air
Santan
Gula/garam secukup rasa
Susu cair sekucup rasa
2 sudu cili sos

Cara-cara:

Cara A 
1.       Lumurkan ayam dengan  garam dan bawang putih yang di tumbuk. Kemudian di goreng sehingga warna ke kecoklatan :p

Cara B
2.       Masukkan minyak masak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis.
3.       Selepas naik bau, masukkan bawang yang di kisar. Kacau dan masukkan jintan yg di tumbuk halus. Gaul sebati hingga naik bau. Masukkan kismis.
4.       Seterusnya masukkan kari babas. Gaul dan masukkan air. Kacau sebati dan masukkan sos cili dan seterusnya masukkan santan. Letak sedikit serbuk Maggie cukup rasa.
5.       Letakkan susu cair secukup rasa. Tergantung cara masakan anda. Kacau dan tunggu mendidih.
6.       Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng. Kacau sebati dan tunggu mendidih dah boleh di angkat dan sedia untuk di hidang.




   


Tadaaaaaa!!






Selamat mencuba gais! 


Comments

Popular Posts